Friday, December 26, 2008

Pisang Vs Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.
Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.
Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapanbiji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergiselama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah.Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat.
Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selamaseminggu?" tanya Cikgu Mayam.Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.
Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulahsebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi.
Jika kamu sendiri tidak boleh tahandengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik darpada membenci.

**kisah ini kujadikan pengajaran utk diri ini yg serba kekurangan :) moga ALLAH meredhai umatNya

::taken from halaqah.net::

2 comments:

Jumie Samsudin said...

Yus!! Betui la....aku pun akan cuba yang terbaik..tak mau duk ingat benda tak elok dah....biarla orang duk dengki dengan kita

yusriyahhanim said...

kekadang benda2 yg simple pn blh dijadikan pengajaran tau..mungkin kita yg buat x endah..tuh la, lantak la org nk kata apa pn, asal niat kita ikhlas :)