Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.
Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.
Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamuorang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangansampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesaldi atas perbuatanmu itu."
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripadaAbu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah merekayang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Danyang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, menceraiberaikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadidan kehormatan seseorang
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodohdan rendah
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.
Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan agar untuk menghentikan sikap suka mengumpat contohnya, harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar dan sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang
No comments:
Post a Comment